Mampukah kita membaca hati org lain?

Posted: May 7, 2010 in Seerah & Kisah Tauladan

2 tahun sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda telah menghantar satu angkatan tentera yg diketuai oleh Usamah b Zaid. Setelah mencapai kemenangan, Usamah pulang ke Madinah dan beliau disambut gembira oleh Rasulullah dan para sahabat. Baginda menjemputnya duduk di sampingnya dan meminta dia menceritakan tentang detail peperangan.

“Apabila para musuh mula tewas, mereka berundur dan lari. Aku mengejar mereka dan akhirnya dapat menangkap seorang drpd mereka. Apabila aku menghunus tombakku padanya, dia segera mengucapkan ‘LAILAHAILLALLAH’. Tetapi aku tetap membunuhnya.”

Wajah baginda SAW terus berubah menjadi merah.

“Kamu membunuhnya walaupun setelah dia mengucapkan kalimah ‘LAILAHAILLALLAH’?? Apakah hak kamu utk membunuhnya?? Apakah yang akan kamu jawab di hadapan Allah kelak??”

………………………………….

Kesilapan Usamah ketika itu adalah kerana dia merasakan tindakan tentera tersebut mengucapkan kalimah ‘LAILAHAILLALLAH’ adalah utk mengelakkan drpd dibunuh. Namun, siapakah kita sebagai manusia yang lemah untuk membaca hati orang lain?? Bukankah Allah SWT berpesan kpd kita spy menjauhkan diri drpd prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa??

“Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Tobat, Maha Penyayang.” (49:12)

Advertisement

Comments are closed.